Saka adalah kepercayaan yang diwarisi dalam masyarakat Melayu, merujuk kepada makhluk halus atau ilmu mistik yang diperturunkan kepada seseorang, biasanya melalui salasilah keturunan. Istilah saka sering kali dikaitkan dengan perkara ghaib dan mistik, dan ia mempunyai kesan terhadap kehidupan harian seseorang, terutama dari aspek emosi, kesihatan, dan hubungan sosial. Di Portal Kahwin, kami percaya bahawa penting untuk memahami aspek tradisional dan kepercayaan dalam masyarakat, termasuk topik seperti saka, kerana ia turut mempengaruhi kehidupan pasangan berkahwin dalam konteks budaya Melayu.
Saka harimau adalah antara jenis saka yang paling popular dalam cerita rakyat Melayu. Ia sering digambarkan sebagai mempunyai hubungan dengan kekuatan fizikal, keberanian, dan kehebatan dalam perlindungan. Namun, saka harimau juga boleh membawa kesan buruk kepada pewarisnya, seperti gangguan emosi, mimpi ngeri, atau sifat agresif yang sukar dikawal.
Tanda-Tanda Saka Harimau:
Saka perawan sering dikaitkan dengan keindahan, daya tarikan, atau penjagaan kecantikan seseorang. Walau bagaimanapun, ia juga dipercayai menjadi punca gangguan dalam hubungan, terutama dalam konteks perkahwinan.
Ciri-Ciri Saka Perawan:
Saka jin melibatkan hubungan dengan jin atau makhluk halus yang diberikan oleh nenek moyang atau guru ilmu mistik. Saka jin sering digunakan untuk perlindungan atau ilmu pengetahuan tertentu, tetapi ia juga berisiko membawa gangguan kepada pewarisnya.
Kesan Saka Jin:
Saka keturunan adalah jenis saka yang diwarisi dari generasi ke generasi. Ia boleh berupa apa sahaja, daripada saka pelindung kepada saka untuk tujuan tertentu seperti ilmu kebal, perubatan tradisional, atau kekayaan.
Bagaimana Saka Keturunan Berfungsi:
Saka boleh membawa kebaikan jika digunakan dengan tujuan yang betul, tetapi ia juga boleh menjadi beban berat kepada pewaris. Antara kesan negatif saka termasuk:
Sebagai platform yang komited terhadap keharmonian rumah tangga, Portal Kahwin ingin menekankan bahawa kepercayaan terhadap saka harus difahami dengan betul. Masalah saka boleh menjadi punca konflik dalam perkahwinan jika tidak ditangani. Mempelai perlu saling menyokong dalam menghadapi cabaran ini dengan penuh sabar dan keyakinan kepada Allah.
Artikel ini ditulis oleh Portal Kahwin untuk memberikan panduan kepada pasangan yang ingin memahami isu berkaitan saka seperti saka harimau, saka perawan, saka jin, dan saka keturunan. Kami berharap ia bermanfaat untuk anda! Di sini, kami menambahkan rujukan mengenai saka,suku dan sihir dari laman web rasmi portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Di sini kami mengambil petikan mengenai saka,susuk dan sihir dari laman web tersebut.
Amalan-amalan di atas (saka, susuk dan sihir) adalah termasuk di dalam dosa besar yang boleh membawa kepada syirik (menyengutukan Allah dengan sesuatu). Ini kerana, kita meyakini bahawa ada benda lain yang lebih berkuasa selain Allah SWT dan kita juga meyakini bahawa perkara-perkara tersebut yang memberi manfaat dan mudharat. Tambahan pula, memakai susuk bagi tujuan kecantikan adalah haram kerana terdapat unsur pemalsuan dan juga unsur penipuan terhadap orang yang melihatnya. Di dalam sebuah hadith, Nabi SAW mengingatkan kita agar menjauhi perkara-perkara seperti sihir atau saka:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ
Maksudnya: “Jauhilah tujuh (dosa) yang membinasakan!” Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai, Rasulullah, apakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan haq, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan, menuduh zina terhadap wanita-wanita yang menjaga kehormatan, beriman dan yang bersih.”
Riwayat al-Bukhari (3456) dan Muslim (2669)
Dalam sihir, berhimpunnya antara kufur dan memudaratkan manusia kerana sangkaan orang awam dan jahil bahawa penyihir boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Ini bertentangan dengan firman Allah SWT:
…وَمَا هُم بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ…
Maksudnya: “…Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”
(Surah al-Baqarah: 102)
Telah sepakat para ulama’ tentang pengharaman mempelajari sihir, mengajarnya dan mengamalkannya. Para ulama’ telah menghukumkan mereka yang melakukan sihir kepada dua:
Para sahabat dengan tegas menghukum bunuh kepada penyihir. Antaranya:
Berkenaan dengan pergi dan meminta rawatan daripada penyihir juga adalah haram. Ini berdasarkan kepada dua hadis Rasulullah SAW:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: “Sesiapa yang datang mengunjungi penenung nasib dan bertanya tentang sesuatu maka tidak diterima solatnya 40 malam.”
Riwayat Muslim (2230)
مَن أَتَى كَاهِنًا أَوْ عرَّافًا فصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفرَ بِمَا أُنزِلَ عَلَى محمَّدٍ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ
Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada tukang ramal atau penenung nasib dan membenarkannya dengan apa yang dikatakan maka sebenarnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan ke atas Muhammad SAW.”
Riwayat Ahmad dalam Musnadnya (9532). Kata Syeikh Syuaib al-Arna’ut, hadis hasan.
Kami nyatakan di sini beberapa pendapat ulama’ berkenaan dengan isu ini:
…وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ…
Maksudnya: “…Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka…”
(Surah al-Baqarah: 102)
Menafsirkan ayat di atas, sepertimana disebut di dalam Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir:
يَضُرُّهُمْ فِي دِينِهِمْ ، وَلَيْسَ لَهُ نَفْعٌ يُوَازِي ضَرَرَهُ
Maksudnya: “Ia memberi kemudaratan dalam agama mereka (Islam) dan tiada padanya sebarang manfaat yang mengimbangi mudaratnya.”
Oleh itu, ilmu sihir dan seumpamanya adalah haram untuk kita pelajari, mengajar dan mengamalkannya. Jika pengamal itu seorang Islam, ia boleh merosakkan akidah dan kami katakan bahawa ilmu sihir merupakan ilmu yang paling hampir ke arah menjerumuskan manusia kepada syirik.
Artikel Terkini
Mengapa Anda Perlu Mengupah Perancang Perkahwinan
Saiz Kasut Lelaki, Wanita, dan Kanak-Kanak
Panduan Lengkap Solat Taubat: Cara, Doa, dan Niat
Kongsikan artikel ini
Dapatkan info terkini tentang tempat majlis, pakej perkahwinan, dan kad kahwin digital untuk pilihan anda.
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Portal Kahwin